Hentikan Budaya BULI!

Sumber: Utusan Malaysia

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Hari ini kita akan membincangkan isu yang hangat sedang diperkatakan iaitu budaya buli. Baru-baru ini terdapat sebuah video tular sekumpulan pelajar MRSM telah membuli rakannya di asrama. Seperti kita tahu, kes buli di Malaysia ini bukanlah suatu isu yang luar biasa tetapi sering berlaku. Pada pendapat sesetengah masyarakat Malaysia menganggap bahawa budaya buli ini merupakan perkara biasa yang akan terjadi antara senior dan junior. Mereka menganggap tindakan buli itu merupakan langkah untuk meningkatkan disiplin seseorang pelajar. Sejujurnya, ini merupakan tindakan dan cara yang salah untuk meningkatkan disiplin seseorang individu. Jadi pada hari ini saya akan menerangkan kepada anda semua punca berlakunya buli ini, kesan buli kepada mangsa serta langkah yang perlu dilakukan oleh setiap masyarakat untuk menangani gejala buli. 

    Antara faktor seseorang menjadi pembuli adalah kurangnya didikan sivik dan agama. Pelajar-pelajar yang kekurangan nilai-nilai agama dan sivik tidak dapat mengenali perkara yang baik dan buruk malah tidak menghiraukan pahala dan dosa kerana sanggup menganiaya rakan sendiri tanpa rasa berdosa dan bersalah. Kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa juga merupakan faktor kes buli berlaku. Hal ini kerana sesetengah ibu bapa terlalu sibuk bekerja mencari duit sehingga telah mengabaikan anak-anak menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak disayangi dan menyusahkan. Faktor yang terakhir adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana juga pengaruh rakan sebaya yang menghasut bahawa perbuatan buli ini adalah hanya suatu keseronokkan untuk dilakukan. 

    Antara kesan yang akan berlaku akibat gejala buli ialah mangsa buli akan menghadapi tekanan perasaan. Perasaan yang sentiasa dalam ketakutan akan dirasai oleh mangsa untuk berhadapan dengan pembuli dan juga orang ramai. Ini juga akan menyebabkan mangsa mempunyai niat untuk membunuh diri kerana menganggap bahawa dirinya tidak berguna lagi. Seterunsya juga, akan menyebabkan mangsa tidak dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran kerana mangsa akan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli terhadapnya. Hal ini menyebabkan mangsa menjadi pasif, keseorangan dan tidak ceria.

    Sebelum nasi menjadi bubur, kita haruslah melakukan sesuatu untuk membanteras gejala buli ini daripada berleluasa. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah peranan guru bimbingan dan kaunseling untuk sentiasa mendekati pelajar untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, akan membuatkan pelajar terbuka hati dan mempercayai guru untuk diberi dorongan dan juga motivasi. Langkah yang seterusnya ialah peranan ibu bapa sendiri untuk sentiasa menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak dengan menunjukkan sikap hormat menghormati dan saling menyayangi antara satu sama lain. Peranan kerajaan juga ialah perlu menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pembuli agar mereka tidak berani lagi untuk melakukan perbuatan buli. 

    Kesimpulan yang saya dapat rangkumkan ialah sebagai seorang manusia dan insan yang mulia kita haruslah menunjukkan akhlak dan peribadi yang mulia kepada seluruh masyarakat kerana akhlak mencerminkan peribadi diri kita. Kita juga haruslah bekerjasama dalam menangani gejala buli ini supaya kita dapat hidup dengan aman dan harmoni demi pembangunan negara. 


Sumber: Buletin TV3

Comments