Mendaki Bukit Tiz Bersama Kawan-Kawan

    

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Semoga anda semua sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Untuk blog kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya semasa mendaki sebuah bukit, iaitu Bukit Tiz. Bukit Tiz ini merupakan kali kedua saya mendaki. Kali terakhir saya mendaki di bukit ini adalah tahun 2020 bersama adik beradik saya. Dan kali ini, sekali lagi saya telah berkesempatan untuk mendaki bukit ini bersama kawan-kawan saya iaitu Aiman dan Alif. Willis tidak dapat sertai pendakian ini kerana masalah kekangan waktu. Mereka bertiga ini merupakan kawan baik saya sewaktu di Tingkatan 6 dahulu. 

   Untuk pengetahuan semua Bukit Tiz ini terletak di Pasir Gudang, Johor. Dengan ketinggian 128 meter dari paras laut, bukit ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti mendaki yang santai dan rileks bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Sebelum kami bertiga memulakan pendakian, kami melakukan senaman badan terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan semasa mendaki. Saya dan rakan-rakan mula mendaki sekitar jam 5.00 petang dan kami telah tiba di puncak Bukit Tiz pada jam 5.45 petang. 



  Perjalanan kami telah mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak bukit tersebut. Semasa kami mendaki, terdapat banyak laluan dan kemudahan telah dilengkapi untuk memudahkan para pendaki. Sebagai contoh seperti tangga dan juga tali yang telah membantu para pendaki untuk memanjat bukit dengan selamat dan tidak berlaku kemalangan. Terdapat juga beberapa perhentian yang membolehkan para pendaki berehat sebelum meneruskan perjalanan. Di atas puncak bukit tersebut juga terdapat beberapa buaian untuk anak-anak bermain dan bergembira.

    Perasaan saya, saya sangat seronok dan gembira dapat mendaki Bukit Tiz ini. Dengan pendakian ini saya telah dapat menggunakan masa yang terluang dengan bermanfaat. Pendakian ini juga telah dapat menjadikan saya lebih sihat dan cergas untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah. Bak kata orang, senaman bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh bahkan dapat menjadikan anda lebih ceria dan bersemangat. Oleh itu, saya sangat sarankan kepada semua masyarakat Malaysia untuk melakukan senaman agar kita dapat hidup dengan sihat dan harmoni. 




Comments