Musim tengkujuh dijangka akan berakhir pada Mac 2022

Sumber dari Berita Harian

  Setiap tahun Malaysia akan menghadapi musim tengkujuh iaitu musim hujan lebat di mana kebiasaannya terjadi pada setiap hujung tahun hingga awal tahun depan. Pada tahun ini, musim tengkujuh telah bermula awal Oktober 2021 dan dijangka akan berkahir pada Mac 2022. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa musim tengkujuh ini boleh mencecah suhu harian terendah sekitar 21 hingga 22 darjah Celcius seperti yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor. 

    Pada waktu musim tengkujuh ini juga, segala aktiviti pertanian dan perikanan di sesetengah kawasan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Hampir kesemua negeri di Malaysia akan menghadapi bencana hujan lebat ini yang akan memberi kesan sehingga berlaku banjir besar dan banjir kilat. Setiap tahun, penduduk Malaysia akan sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana ini kerana kemungkinan kawasan perumahan akan ditenggelami air. Dewan dan sekolah pula akan dijadikan sebagai kawasan utama penduduk berkumpul sekiranya banjir besar berlaku. 

    Antara langkah yang perlu diambil oleh rakyat Malaysia pada musim tengkujuh ini ialah disarankan untuk tidak bercuti di kawasan berisiko tinggi seperti pantai, air terjun dan sungai untuk mengelakkan daripada kemalangan berlaku seperti bencana banjir, air pasang besar dan sebagainya yang akhirnya akan menyebabkan kematian. Rakyat Malaysia juga perlu peka dan mengikuti perkembangan kaji cuaca melalui radio, televisyen, media masa dan sebagainya. Setiap isi rumah juga perlu mempunyai barangan keperluan yang mencukupi seperti kit pertolongan cemas, lampu suluh, bekalan makanan dan ubat-ubatan yang mencukupi sekiranya berlaku banjir. 

Sumber dari Buletin TV3

Comments