Malaysia Adalah Negara Yang Tidak Sihat

 


Khairy Jamaluddin bersama pengacara program Selamat Pagi Malaysia Ismail Adnan dan Zaleha Khairene Ismail di Wisma Angkasapuri pada 11 November 2021. -Foto Bernama

    Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa Malaysia telah dikategorikan antara negara yang tidak sihat. Berikutan kerana jumlah rakyat Malaysia yang menghidap penyakit jantung dan obesiti mencatatkan kadar tertinggi. Beliau juga mengatakan bahawa kesedaran rakyat Malaysia terhadap aspek kesihatan adalah rendah. Beliau juga berkata di Malaysia seorang daripada dua rakyat obesiti termasuk dirinya, manakala seorang daripada empat rakyat Malaysia tidak amalkan kecergasan manakala seorang dari 20 rakyat tidak mengamalkan pemakanan mengikut nutrisi yang betul. 

      Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia bahawa rakyat Malaysia kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ini kerana saya sendiri menyedari bahawa saya sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, makan makanan yang seimbang. Jadi tidak hairan lah jika Malaysia telah dikategorikan antara negara yang tidak sihat. Oleh itu, pada pendapat saya mulai dari saat ini sebagai rakyat Malaysia kita harus mengubah gaya pemakanan dan gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat demi kepentingan diri kita sendiri.

       Antara langkah yang boleh kita ambil untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah yang pertama, kita perlu melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan dan berekreasi sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Langkah yang seterusnya, makan secara sihat iaitu makan mengikut waktu yang teratur (sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam) dan juga pilih makanan harian berasaskan piramid makanan. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada merokok untuk kekal sihat kerana kita tahu bahawa merokok akan menimbulkan pelbagai penyakit seperti sakit jantung dan kanser paru-paru. Langkah yang terakhir ialah minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 7 gelas sehari bagi membuang toksik dalam badan.

        Antara kepentingan yang kita akan dapat sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat ialah badan kita akan menjadi lebih cergas dan minda kita juga akan lebih cerdas. Dalam masa yang sama juga, kita dapat jalani kehidupan yang lebih baik dan lebih bermakna serta dapat mengurangkan tekanan hidup. Juga sudah semestinya kita juga dapat dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan juga obesiti. Oleh itu, sangat wajar untuk kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kepentingan diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. 

Upin dan Ipin- Jom Hidup Sihat
    

Comments