Akhirnya! Rakyat Malaysia Sudah Boleh Merentas Negeri

    Seperti yang kita tahu pada tarikh 11 Oktober 2021, rakyat Malaysia akhirnya boleh merentas negeri  setelah sekian lama sekatan dibuat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang berleluasa di negara kita. Pada pendapat saya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk membuka sempadan negeri adalah keputusan yang terbaik dan sangat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Keputusan untuk pembukaan sempadan negeri adalah disebabkan peratus vaksinasi populasi dewasa sudah melepasi 90% pada ketika itu. Ini meruapakan hasil daripada kerjasama rakyat Malaysia sendiri yang telah menjalankan tanggungjawab untuk divaksinasi bagi melindungi diri, keluarga, masyarakat dan negara. 


10 Oktober 2021- Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembukaan sempadan negeri

     Pada pendapat saya juga, antara manfaat yang rakyat Malaysia telah peroleh ialah dapat pulang ke kampung halaman bertemu keluarga yang sudah lama terpisah dek kerana wabak Covid-19. Keesokan hari selepas perdana menteri mengumumkan pembukaan sempadan negeri, kebanyakan rakyat Malaysia sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung.  Corong-corong radio juga telah memainkan lagu "Balik Kampung-Sudirman" sempena kepulangan anak-anak ke kampung halaman bertemu ibu bapa. Perasaan kegembiraan yang dirasai sangat ketara buat anak-anak dan ibu bapa yang akhirnya dapat berkumpul semula untuk melepaskan kerinduaan yang sudah lama tersimpan. 

        Manfaat lain yang rakyat Malaysia peroleh juga ialah dapat pergi bercuti dan melancong bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Pulau Langkawi merupakan salah satu tarikan utama rakyat Malaysia untuk melancong dan juga Pulau Langkawi telah dijadikan sebagai salah satu usaha kerajaan dengan mengiktiraf Pulau Langkawi sebagai gelembung pelancongan bagi meningkatkan ekonomi pelancongan negara. Oleh itu, dengan pergi bercuti, rakyat Malaysia dapat melepaskan tekanan hidup dan tekanan perasaan serta dapat berkongsi kegembiraan bersama yang tersayang setelah berkurung di rumah buat sekian lamanya. Udara segar kini dapat dihirup dan dirasai dengan tenang dan harmoni.  


Antara tempat yang perlu dikujungi oleh pelancong di Pulau Langkawi


        Tidak lupa juga dengan kebenaran rentas negeri ini tidak bermakna kita sudah menang dari wabak Covid-19. Oleh itu, kepatuhan terhadap S.O.P. yang telah ditetapkan oleh kerajaan haruslah kita patuh agar dapat melindungi diri, keluarga dan masyarakat serta negara kita dari terus terjerumus ke dalam wabak Covid-19 ini. Memakai pelitup muka adalah wajib dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta penjarakan sosial sepanjang 1 meter antara satu sama lain. Covid-19 tidak mengenal usia dan juga tidak mengenal pangkat. Oleh itu sentiasalah berwaspada dan mengamalkan amalan norma baharu. Akhir kata dari saya sila jaga dan diri jaga S.O.P. Ambil vaksin untuk kita lindungi diri kita dan juga orang yang tersayang. #Kita jaga kita. 

Sekian terima kasih. Assalamualaikum. 

Comments